Bercakap mengenai kisah para wali, pemikiran kita akan tertarik kepada perkara-perkara ajaib yg diluar jangkaan akal manusia yg mana kadang-kadang menjadi tanda tanya yang sukar untuk mendapatkan jawapan yg logik dan tepat..diantara kisah yg ingin saya kongsikan adalah satu cerita yg diberitakan oleh salah seorang wali Allah Zin-Nun Al Misri rahimahullah..
Zin-Nun Al-Misri memulakan ceritanya dengan berkata : saya bercadang untuk pergi ke seberang laut untuk mencari sesuatu barang yg saya perlukannya dari sana. Saya pun menempah suatu tempat disebuah kapal, ketika mana berangkat, saya melihat ramai sekali penumpang diatas kapal tersebut, sehingga kapal itu penuh sesak..lalu saya terus mengamati wajah-wajah penumpang itu,saya terlihat diantaranya ada seorang pemuda yg sangat kacak rupanya.Wajahnya sinar bercahaya dan dia duduk ditempatnya dalam keadaan tenang sahaja, manakala penumpang-penumpang lain terus mundar-mandir diatas kapal...
Pada mulanya kapal itu belayar dengan tenang sekali..kerana barangkali lautnya tenang tidak bergelombang,dan angin pun tidak bertiup kencang dan kalau ada pun hanya ombak ombak kecil yg biasa dihadapi.dalam keadaan yg begitu tenang diatas kapal..tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu pemberitahuan umum yg mengatakan bahawa nakhoda kapal itu telah kehilangan suatu barang yg sangat berharga.dan diminta kepada semua penumpang kapal duduk ditempat masing-masing,kerana satu penggeledahan kan dilakukan tidak lama lagi untuk mencari barang yg hilang itu.
Kini semua penumpang kapal kecoh berbicara antara satu sama lain mengenai barang yang hilang itu. Masing-masing cuba mengeluarkan...
