Ramai diantara kita yang mungkin tertanya-tanya apakah hukum memejamkan mata ketika solat? HARUS ker? MAKRUH ker?dan berbagai-bagai lagi persoalan yang timbul dalam benak pemikiran kita,jadi disini saya ada mempamerkan sedikit gambaran yang boleh merungkai segala persoalan dan sekaligus menjadi jawapan kepada masalah diatas...
Hukumnya juga terdapat perbezaan ijtihad para ulama, setengahnya mengharuskan dan mengatakannya ia lebih memungkinkan hadirnya khusyu', manakala Imam Ahmad mengatakannya makruh. Beberapa ulama Syafie juga mengatakannya makruh kerana ia menyerupai Yahudi, Bagaimanapun hadith yang dijadikan dalil makruh pejam mata ketika solat adalah dho'if menurut Imam al-Bayhaqi. [1] Imam At-Tohawi al-Hanafi juga menyatakannya sebagai makruh. Demikian juga ditegaskan oleh Imam Al-Kasani al-Hanafi (Al-Majmu' , An-Nawawi, 3/260 ; Bada'i As-Sonai, 1/216)
Selain itu, amalan memejam mata semasa solat juga dilihat sebagai bercanggah dengan beberapa dalil hadith Nabi seperti :-
عن أبي هريرة قال أمر رسول الله بقتل الأسودين في الصلاة الحية والعقرب
Ertinya : "Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW mengarahkannya agar membunuh dua binatang hitam walaupun semasa solat, iaitu ular dan kala jengking" ( Riwayat AT-Tirmidzi , 2/234 ; Al-Hakim , 1/386 dan Ibn Hibban 6/115 ; Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi ; Al-Tirmidzi : Hasan Sohih )
Hadith ini memberi indikasi kepada kita bahawa...
