Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

2010-03-27

Ulasan PACE: Netanyahu mengumumkan lebih banyak penempatan Yahudi akan dibina di Baitul Maqdis timur. - Maulana

Assalamualaikum,

Pertemuan empat mata di antara Presiden Barrack Obama dan Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu masih meninggalkan pelbagai persoalan. Namun yang pasti Netanyahu telah membuat pengumuman yang mungkin memperdalam ‘perselisihan’ di antara Amerika dan Israel, negara yang sering dipertahankan dan dilindungi oleh kuasa besar itu.

Pengumuman yang dibuat oleh Netanyahu adalah menyangkut tentang dasar Tel Aviv dalam projek pembinaan penempatan Yahudi di negara Palestin yang terjajah iaitu di Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur. Dalam suasana tegang berikutan keganasan polis Israel di persekitaran Masjid al-Aqsa dan pembinaan semula kuil Hurva yang telah roboh berhampiran Masjid al-Aqsa, pengumuman Netanyahu meruncingkan lagi keadaan. Tanpa menghiraukan pandangan masyarakat antarabangsa bahkan mengenepikan ‘nasihat’ Amerika Syarikt, Netanyahu mengumumkan akan terus menambah penempatan Yahudi di Baitul maqdis timur. Tindakan ini dilihat sengaja untuk menggagalkan proses rundingan damai dengan pihak berkuasa Palestin yang seringkali gagal akibat dari kedegilan Tel Aviv untuk meneruskan pembangunan penempatan Yahudi di negara Palestin yang terjajah.

Did You Know??

" The universe has been Expanding for 13.7 billion years "




" Sentiasa tidak cukup ilmu, adalah rasa orang berilmu..."