2010-12-11


sekilas ku renung wajahnya
terbit benih-benih kasih
mengerakkan setiap urat nadi ku
menghayun langkah gerak
pena yg mencatat


assalamualaikum warahmatullah...berjumpa kita di tahun yg baru ye, baru-baru ni, tidak lama rasanya kita menyambut awal muharam, satu permulaan baru bagi ummah islamiyyah yang berukhuwah atas dasar tauhid yang satu , insyaallah...

kalau dulu semasa di alam persekolahan..mesti tidak mesti...mesti ada perarakan dengan lagu :

awal muharam detik permulaan
permulaan tahun ISLAM hijrah
perpindahan nabi dan ummah ISLAM
dari Kota Makka ke Kota Madina

kalau dulu di laung-laungkan lagu ini meniti di bibir setiap yang meningati, namun semakin kami merangkak, berjalan menempuh era perilmuan, semakin kami memahami intipati hijrah itu, bukan sekadar pada zahirnya sahaja iaitu perpindahan, malah di era teknologi ini lebih tertumpu pada era permuliharaan dan pemeliharaan warisan-warisan sunnah nabi, perintah dan larangan Allah secara khususnya dan pendidikan generasi akan datang sebagai pewaris agama yang mulia ini.

saya menggantung kalam saya dengan hadith yang diriwayatkan oleh Amirul Mu;minin, Umar Al-Khattab : " sesungguhnya setiap amalan itu berteraskan kepada niatnya, dan setiap perkara itu berdasarkan apa yang diniatkan, maka barang siapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka dia telah berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, dan barang siapa yang berhijrah kerana dunia dan sisinya atau perempuan yang ingin dinikahinya, maka ditelah berhijrah untuk apa yang diniatkan ".

mengambil kesempatan di ruangan ini, insyaallah, ahli usrah kami yang telah berjaya menamatkan percutian dengan melepaskan kerinduan yang tidak dapat lagi dibendung kepada ahli keluarga dengan jayanya akan kembali mengaktifkan ruangan ini dengan ilmu2 yang bermanfaat.

sekian kalam tamhid dari saya yang byk kekurangan ilmu, sekadar menjadi pendengar setia, di Al-Azhar ini akan membantu serba sedikit~as@d



No comments:

Post a Comment

Did You Know??

" The universe has been Expanding for 13.7 billion years "




" Sentiasa tidak cukup ilmu, adalah rasa orang berilmu..."