Setiap kali menjelang tanggal 1
April, biasanya banyak diantara kita akan begitu sibuk dan terbawa2
dengan budaya Barat serta bersiap2 untuk merayakannya dengan membuat
rancangan besar untuk MENIPU orang lain,sahabat atau saudara terdekat.
Budaya tersebut seperti menjadi satu adat seolah-olah pada tanggal 1 April
tersebut, kita boleh berbuat DOSA!.
Kepala kita penuh dengan rancangan dan mencari mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu sedang bekerja atau sedang makan pun kita akan mencari cara dan membuat rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting kita ingin puas melihat muka mangsa-mangsa gurauan April Fool ini merah padam kerana dipermain-mainkan.
Wahai umat Islam, berhati hatilah terhadap budaya ini..... hindari diri kita dari berbuat zalim lebih2 lagi April fool ini bukanlah budaya Islam. Tetapi tahukah anda berapa banyak diantara kita yang tidak mengetahui kenyataan pahit sejarah yang menimpa umat Islam di Sepanyol di sebalik perayaan April fool ini??
Tragedi Pembunuhan Umat Islam Sepanyol
Kepala kita penuh dengan rancangan dan mencari mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu sedang bekerja atau sedang makan pun kita akan mencari cara dan membuat rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting kita ingin puas melihat muka mangsa-mangsa gurauan April Fool ini merah padam kerana dipermain-mainkan.
Wahai umat Islam, berhati hatilah terhadap budaya ini..... hindari diri kita dari berbuat zalim lebih2 lagi April fool ini bukanlah budaya Islam. Tetapi tahukah anda berapa banyak diantara kita yang tidak mengetahui kenyataan pahit sejarah yang menimpa umat Islam di Sepanyol di sebalik perayaan April fool ini??
Tragedi Pembunuhan Umat Islam Sepanyol
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud " Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada
kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya
petunjuk Allah itulah petunjuk (yg benar)". Dan sesungguhnya jika kamu
mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah
tdk lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.[Al-Baqarah:120]
Sebagaimana firman Allah s.w.t tersebut, sampai bila2 pun tidak akan pernah hilang keinginan mereka iaitu musuh-musuh
Islam untuk selalu menghancurkan Islam dan memadamkan cahaya Allah s.w.t .Berbagai cara akan mereka lakukan, termasuklah sejarah pembunuhan muslimin
Sepanyol.
Suatu ketika dahulu...
, Muslimin Sepanyol bukan hanya beragama Islam namun
mereka mengamalkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca
Al-Qur'an tapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka selalu
berkata 'tidak' kepada hiburan,kepada arak dan juga segala hal yang
diharamkan dalam Islam. Jika mereka membaca tentang hijab di Al-Qur'an,
mereka mengamalkannya tidak seperti kebanyakan kita.
Orang Kafir cuba menyisihkan Islam dari kekuasaan Sepanyol tetapi mereka gagal. Setelah beberapa kali cubaan tapi tidak berhasil.
Lalu mereka menghantar pengintai ke Sepanyol untuk mempelajari Islam dan mencari dimana kekuatan yang dimiliki kaum Muslim. .
Setelah mengetahui kekuatan muslimin ialah taqwa, mereka mula merancang untuk menjatuhkan mereka dengan menghadiah arak dan rokok secara percuma kepada
mereka. Taktik ini cukup berhasil dan melemahkan keyakinan umat Islam
terutama kaum mudanya. Hasil dari usaha inilah jatuhnya Sepanyol dari
kekuasaan umat Islam dan mengakhiri penguasaan umat Islam seluruhnya
terhadap Sepanyol selama ilapan ratus tahun. Daerah terakhir yang jatuh kepada kekuasaan kaum Kristien adalah
Granada pada tanggal 1 April.
Disebalik perayaan April Fool's Day ini, sangat dipercayai
bahawa April fool mula mula dirayakan pada saat kejatuhan kerajaan Islam
di Sepanyol. Setelah sekian lama berkuasa di Granada, Sepanyol, kerajaan
Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristien.
Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam
rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristien tidak puas dan
berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.
Penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka
dibolehkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan barang-barang
keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di
pelabuhan.
Orang-orang Muslimin khuatir dan curiga atas tawaran tersebut,
dikhuatirkan tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, kemudian mereka
pergi ke pelabuhan untuk melihat adakah ada kapal yang dimaksud oleh
tentera Kristien itu tadi.Setelah melihat adanya kapal kapal dipelabuhan,
mereka pun membuat bersiap untuk berlayar.
Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang
telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada saat itulah, tentera
Kristien mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah
penduduk-penduduk Islam itu. Bahkan mereka juga tidak sempat untuk
menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Tentera Kristien
kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki,
perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan ini
kemudiannya dirayakan oleh tentara Kristien. Perayaan ini akhirnya
dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh
dunia sebagai April Fool's Day.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil pun turut
memperingati April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan saudara seislam mereka sendiri.
Wahai umat Islam, berhati hatilah terhadap budaya ini..... hindari diri
kita dari berbuat zalim. Ingatkanlah saudara2 kita sesama
muslim.
Ingatlah bahwa tanggal 1 April adalah hari
pembunuhan umat Islam Sepanyol.Dan yang
terpenting dalam Al Quran & Hadis tidak ada perintah dimana boleh
menipu orang lain sebagai bahan gurauan. Semoga Allah sentiasa membuka
pintu taubat untuk kita.
Amin Ya Robbal 'Alamin.
Amin Ya Robbal 'Alamin.
No comments:
Post a Comment