2010-03-28

Diantara Sejarah & Semasa : Cucu-cicit Ka’ab ibnu Asyraf dan Isu Hijab -Tolib

فاقصص القصص لعلهم يتفكرون                              
                                           [Al-A’raf: 176]
Setiap sejarah itu pasti akan berulang kembali dengan sendirinya dalam keadaan yang menakjubkan.Oleh sebab itulah pengkaji2 sejarah akan membaca sejarah itu dengan begitu teliti untuk dikaitkan dengan apa yang sedang berlaku dari beberapa perkara dan ini bukanlah suatu kerja yang mudah. Jadi, pekerjaan ahli sejarah ini tidak ubah seperti ahli nujum suatu ketika dahulu yang menilik masa hadapan dengan ilmunya untuk negaranya.Sesiapa yang menguasai ilmu sejarah maka dia mengusai politik dunia.
Kita sebagai umat islam wajiblah bagi kita untuk mengetahui sejarah agamanya.Pada hakikatnya,faedah kita mempelajari ilmu sejarah adalah supaya kita mampu membaca realiti untuk membina masa hadapan.Dari situ kita dapat mengetahui keinginan musuh,tahu kenapa naik dan turunnya kekuatan mereka pada setiap zaman,tahu sejarah kemenangan mereka dan berbagai lagi.
Untuk ruangan kali ini,saya ingin membawa satu sejarah ketika zaman nabi dulu yang ada kaitannya dengan isu semasa sekarang.Seperti mana tajuk diatas iaitu kaitan antara cerita ka’ab ibnu al-asyraf dengan isu pengharaman hijab...

Orang musyrikin pada zaman nabi dahulu menggunakan kaedah menyebarkan berita2 palsu dan dimainkan dalam politik mereka untuk mengkaburi fikrah masyarakat ketika itu tentang islam sehingga menyebabkan masyarakat memandang hina dengan agama islam.Kaedah yang sama juga digunakan dalam isu hijab pada zaman ini.Wanita-wanita yang bekerjaya dan berpangkat tinggi yang mamakai tudung adalah dianggap mundur,kolot,murtad budaya dan sebagainya.
Perkara ini dimomok dan dibesar2kan sehingga memberi kesan kepada individu itu sendiri dan kerjayanya.Wanita yang termakan dengan tuduhan itu akan mula membuka tudungnya semata2 untuk kerjanyanya, manakala ketua2 syarikat ataupun ketua negara yang memiliki pegawai yang memakai tudung mula untuk memberikan notis 24jam supaya diberhentikan khidmatnya.Inilah Realiti yang berlaku pada zaman ini yang membenarkan sejarah.
Suatu ketika dahulu pada zaman rasulullah s.a.w berlakunya peperangan saraf terhadap umat islam iaitu menyebarkan dusta nista kepada orang2 beriman.Ketika itu pertembungan kuasa baik dan jahat amat kuat sekali.Seorang yahudi dari bani nadhir yang bernama ka’ab ibnu asyraf bangun untuk menentang islam bersendirian dengan bersungguh2.Ka’ab merupakan ketua bagi kabilahnya iaitu bani nadhir.
Ka’ab cukup benci dengan agama islam.kebenciannya itu ditunjukkan dengan berteriak memaki Allah dan rasulullah,menyampaikan syair yang bertujuan mengutuk sahabat rasulullah s.a.w.Tidak cukup dengan itu,ka’ab dengan semangat kebenciannya terhadap islam keluar untuk mengumpulkan kabilah2 di negara islam dan mengumpulkan kafir mekah disana unutk menghadapi umat islam.
Apabila siap dikumpulkan kesemua kabilah2,Ka’ab memulakan ceritanya untuk menaikkan lagi kemarahan dan kebencian terhadap umat islam.Mengingatkan mereka peristiwa kekalahan mereka terhadap umat islam pada perang badar.Maka bertanya Ka’ab kepada orang2 kafir yang menyembah berhala:Adakah agama kami lebih engkau suka ataupun agama Muhammad dan sahabatnya?,dan mana satukah yang lebih lurus jalannya? Maka berkatalah kafir kesemuanya: kamulah yang lebih lurus jalannya berbanding mereka.Dengan peristiwa itu,Allah menurunkan firmannya yang bermaksud:
“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang diberi bahagian dari al-kitab? Mereka percaya kepada yang disembah selain Allah dan kepada taghut,dan mengatakan kepada orang-orang kafir (musyrikin mekah),bahawa mereka itu lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman”. [Al-Nisa’: 51]
Kesungguhan Ka’ab untuk memerangi islam berjaya apabila orang kafir bersemangat besar untuk menjatuhkan islam selepas mendengar kata2 Ka’ab.Kita pada zaman sekarang ini sebenarnya sedang berhadapan dengan cucu-cicit kepada Ka’ab ibnu Asyraf bahkan cucu-cicit firaun.Jadi janganlah kita sebagai umat islam kontemporari ini terlalu leka dengan nikmat dunia sehinggakan didalam diam mereka telah mengumpulkan tenaga untuk menentang kita.
Moga mendapat istifadah..
Jumpa lagi dalam ruangan yang akan datang..
_______________________________________________________________________ 
Rujukan:
بين التاريخ والواقع - Dr Raghib As-Sirjani
- Al-Quran Al-Kareem & Terjemahan

No comments:

Post a Comment

Did You Know??

" The universe has been Expanding for 13.7 billion years "




" Sentiasa tidak cukup ilmu, adalah rasa orang berilmu..."