2010-12-17

مقدمة عن فقه الأولويات


تعريفه
يقصد بفقه الأولويات :"العلم بالأحكام الشرعية التي لها حق
التقديم على غيرها بناء على العلم بمراتبها وبالواقع الذي يطلبها "[1]


فتقديم حكم على آخر يكون بناء على :

-فقه بأحكام الشرع وبمراتبها,وبالأهم منها من المهم,وبالقطعي منها من الظني,وبالأصل منها من الجزء و بالكبير من الصغير...وبعبارة موجزة بالخريطة الشريعة                                                    
-  فقه بالضوابط التي يتم بناء عليها ترجيح حكم على آخر في حالة التزاحم أو في غير حالة التزاحم                                                                                       
      -فقه بالواقع والظروف التي يتحرك فيها الداعية...
   
 أهميته

أهمية لفقه الأولويات كبيرة أيضا مثل باقي أنواع الفقه
(المقاصد, أولويات, واقع, سنن,موزانات..الخ)

أهميته منه :
1)يبين فقه مراتب الأعمال
   مثله :
- أيها يجب أن يقدم
- أيها يجب أن أن يؤخر

2)يبين فقه النسب :
*مراتب الأحكام في الإسلام

·                   يقول د.يوسف القرضاوي :
 إن من أهم ثمرات العلم والفقه في الدين : معرفة قيمة الأعمال والمراتبها الشر عية والاحتفاظ لكل منها بموضعة في سلم المأمورات أو المنهيات, دون خلط أو إخلال بالنسب, او تفريق بين المتماثلات, أو تسوية بين المختلفات

- يقدم الفرض العين على الفرض الكفاية                     
      - أيها يستحق الإهتمام,وأيها لا يستحق
     - أيها حان وقته                                                                                                                                                                                                           
-وأيها يمكن تاخير الحديث عنه ليس تقليلا شأنه
 وإنما مراعاة لوجوب الوقت, وهكذا..
 
3)وما احوج أمتنا اليوم إلى هذا النوع من الفقه

     -بعد أن أصبحت تكبّر الصغير,وتصغرالكبير,وتهّون العظيم,وتعظم
      الحقير,وتقديم ما من حقه التقديم ؛ فاختل فيها فقه المراتب الأعمال والنسب بينها اختلالا كبيرا



 د.محمد الوكيل,فقه الأولويات- دراسة في الضوابط,المعهد العالمي للفكر الإسلامي[1]

ulama-ulama balaghah sepanjang zaman

كل بليغ فصيح ، وليس كل فصيح بليغا

 ilmu balaghah mula di bincangkan apabila ulama-ulama lughah ( bahasa ), membincangkan rahsia-rahsia yang terdapat dalam penyusunan kalimah-kalimah yang terdapat didalam al-quran, dan dari situ berkembangnya ilmu yang disebut ilmu balaghah, satu ilmu yang membincangkan kematangan bahasa arab ini dari pelbagai sudut, dari nahu, sarf, tafsir, usulfiqh dan pelbagai lagi cabang ilmu, sehingga terbongkar dan terurai simpulan-simpulan bahasa yang mulia ini, yang tidak dapat ditandingi oleh bahasa-bahasa lain.

Allah telah berfirman : " dan jika kamu tetap dengan keraguan terhadap ayat-ayat yang kami telah turunkan kepada hamba kami ( Muhammad ), datangkan satu surah sahaja yang serupa dengannya ( al-quran ), dan datangkan sekali pembantu-pembantu kamu, jika kamu merupakan orang-orang yang benar "



Di antara ulama'-ulama' balaghah ialah :
  1. abu ubaidah mu'ammar ibn masna ( 208h )
  2. abu 'usman al-jahiz ( 255h )
  3. muhammad ibn yazid ( 285h )
  4. 'abdullah ibn mu'taz ( 296h )
  5. qudaamah ibn ja'far al-katib ( 337h )
  6. abu hassan 'ali ibn 'abdul 'aziz al-jurjani ( 366h )
  7. abu sa'eid hassan ibn 'adullah as-siirafiy ( 368h )
  8. hassan ibn basyar al-aamadiy ( 371h )
  9. muhammad ibn 'umran al-marzabaaniy ( 378h )
  10. abu hilal hassan ibn 'abdullah al-'askary ( 390h )
  11. abu mansur as-sa'alaby ( 429h )
  12. ibnu rasyiq al-qayrawaani ( 463h )
  13. ibnu sinan al-khafajiy amiir ( 466h )
  14. 'abdul qahar al-jurjaniy ( 471h )
  15. mahmud ibn 'umar al-zamakhsyari ( 537h )
  16. majduddin ibn munaqqaz syaizury ( 584h )
  17. abu 'abdullah muhammad ibn fakhruddin ar-razi ( 606h )
  18. abu ya'qub as-sakaaky ( 626h )
  19. 'abdul latiff al-baghdady ( 629h )
  20. 'abdul fath nasrullah dhiya'uddin ibnu aathir ( 637h )
  21. 'abdul wahid ibn 'abdul karim az-zamlaky ( 651h )
  22. 'abdul wahab al-zunjaany ( 654h )
  23. ibnu abi asba' ( 654h )
  24. 'izzuddin ibn abi hadid ( 655h )
  25. abu hassan haazim al-ansoory al-qurthuby ( 684h )
  26. badruddin ibn malik ( 686h )
  27. qutbuddin asy-syiiraazy ( 710h )
  28. muhammad ibn nahwiyyah ( 718h )
  29. muhammad ibn 'abdul rahman khatib al-qazwayniy ( 739h )
dan ramai lagi yang muncul selepas itu, di setiap zaman, mengembang dan menghuraikan lagi ilmu ini sehinggalah dapat dimanfaatkan oleh semua muslim dalam memahami ayat-ayat al-quran dan dapat menghayati intipati sebenar kalam-kalam Allah.

waallahu'alam

2010-12-15

rahsia dilengkapi manusia dengan bahasa

INDAHNYA BAHASA WARISAN BANGSA
BERUNTAI MADAH BILA BERBICARA
TIDAK TERNILAI WANG DAN JUGA HARTA
BILA BAHASA WASILAH AGAMA
RAHSIA BAHASA
sesungguhnya Allah telah memuliakan manusia dan meninggikan mereka diatas makhluk-makhluk -Nya yang lain. Tercatat di dalam al-quran :

" sesungguhnya kami telah memuliakan bani adam " - surah al-isra' ayat : 70
" sesungguhnya kami telah menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik penciptaan " - surah at-tiin ayat : 4

maka sesungguhnya Allah telah memilih manusia berbanding dengan makhluk-makhluk-Nya yang lain untuk dijadikan Khalifah di atas muka bumi :
" dan ketika berkata Tuhan kamu ( Allah ) kepada para malaikat-Nya, sesungguhnya aku hendak menjadikan di atas muka bumi Khalifah "- surah al-baqarah ayat : 15

kemudian, di lengkapkan khalifah itu dengan bahasa untuk menguruskan kepentingan-kepentingan yang berkaitan dengan tugas khalifah untuk Tuhannya yang terkandung di dalam tugas-tugas itu tanggungjawab dan amanah, firman Allah : 

" dan telah di ajarkan kepada Adam isim-isim kesemuanya "- surah al-baqarah ayat : 31

dan dengan peranan bahasa-bahasa yang merupakan penghubung kepada risalah-risalah langit ke bumi, dan dengan bahasa manusia mengurus fikrahnya, memperkembangkannya serata memperbaikinya, dengan bahasa juga, bani adam saling berkenalan, dan berbicara sesama mereka, serta saling memahami.

terjemahan dari : kitab keistimewaan bahasa arab dan mengapakah kita wajib mempelajarinya

kata penterjemah : insyaallah, saya akan menterjemah sedikit demi sedikit buku ini, dari semasa ke semasa saya akan update dalam blog ini untuk kita kongsi bersama..
 

2010-12-14

هل تعرف علم البلاغة؟؟



 تمهيد

كان العرب يتكلّمون بلسانهم على قريحتهم، ولّما أن نــــزل القرآن الحكيم، ووردت السنة المحمدية (صلى الله عليه وآله وسلم) بهذه اللغة المباركة، أخذ المسلمون يتوسعون في استقصاء قواعدها، وضبط كل كبيرة وصغيرة، وكلّية وجزئية ترتبط بهذه اللغة.
ولذلك نرى هذه اللغة دون سواها من لغات العالم في ازدهار مستمر، وتوسّع وتفوّق.
وقد وضع علم الصرف، للعلم بأحوال الابنية وتصريف الكلمة.
ووضع علم النحو، للعلم بأحوال الإعراب والبناء.
ووضع علم اللغة، للعلم بمعاني الكلمات والألفاظ.
ووضع علم العروض، للعلم بالأوزان ونظم الشعر.
ووضع علم التجويد، للعلم بكيفية الأداء والتحسين.
ووضع علم البلاغة ـ وهو المقصود في هذا الكتاب ـ للعلم بالتركيب الواقع في الكلام.
وقد قسموا هذا العلم إلى ثلاثة أقسام:
1 ـ (علم المعاني) وهو العلم بما يحترز به عن الخطأ في تأدية المعنى الذي يريده المتكلم كي يفهمه السامع بلا خلل وانحراف.
2 ـ (علم البيان) وهو العلم بما يحترز به عن التعقيد المعنوي، كي لا يكون الكلام غير واضح الدلالة على المعنى المراد.
3 ـ (علم البديع) وهو العلم بجهات تحسين الكلام.
فـ(المعاني) و(البيان) وضعا لمعرفة التحسين الذاتي، و(البديع) وضع لمعرفة التحسين العرضي.

وإنشاء الله رب العالمين الذى أنزل على عبده مصطفى محمد بلسان ءامين ، سأحول أن أشرح إليكم عن هذه المدة وهى مدة البلاغة بسلوك سهلا. وأدعو إلي الله يسهلنى.

peristiwa menjelangnya 'asyura

Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka: “Hari apakah ini yang kamu berpuasa padanya?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang agung. Hari ini Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Hari ini juga Allah menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa pada hari ini sebagai syukur kepada Allah. Lalu kami turut juga berpuasa.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kami lebih layak mengikuti Musa dari kamu.” Lalu Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang Islam yang lain juga berpuasa.

Puasa Asyura’

Sebenarnya ada dua peristiwa besar yang diriwayatkan dengan riwayat yang sahih berlaku pada 10 Muharram; kematian Firaun setelah tenggelam di Laut Merah dan pembunuhan Husain bin Ali r.a. pada Jumaat 10 Muharram 61 Hijrah di Karbala’. Kedua-dua peristiwa ini adalah peristiwa penting. Tetapi sunat berpuasa pada 10 Muharram (hari Asyura) hanya berkait dengan peristiwa kemusnahan Firaun sahaja dan tidak ada sebarang kaitan dengan pembunuhan Husain r.a. di Karbala’. Syiah memperingatinya setiap tahun dan melakukan amalan-amalan bid’ah sempena tarikh tersebut. Tetapi ajaran sunnah yang sebenarnya adalah disunatkan berpuasa sempena memperingati peristiwa Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s. dari buruan Firaun tanpa dikaitkan sedikit pun dengan peristiwa pembunuha Husain r.a
.
Imam Ibnu al-Qayyim menyebut di dalam Zadul Ma’ad:

“Puasa Aasyura ada tiga darjat:

Berpuasa 9, 10 dan 11 Muharram. Ini yang paling sempurna.

Berpuasa 9 dan 10 Muharram. Ini yang paling banyak disebut di dalam hadis.

Berpuasa 10 Muharram sahaja.”

Disunatkan berpuasa 9 dan 11 Muharram agar ibadah kita sebagai umat Islam berbeza dengan ibadah orang-orang Yahudi yang berpuasa pada hari 10 Muharram sahaja. Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim: “Jika aku masih lagi hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa juga pada hari 9 Muharram.”

Puasa Asyura’ adalah di antara puasa-puasa yang afdhal. Ada ulama’ yang berpendapat bahawa sebelum para sahabat r.a. diwajibkan berpuasa penuh sebulan pada bulan Ramadhan, mereka telah diwajibkan terlebih dahulu berpuasa pada 10 Muharram. Mereka juga membiasakan anak-anak mereka untuk berpuasa pada hari Asyura’.  

Bukhari meriwayatkan dari ar-Rabi’ binti Muawwidz r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pergi ke perkampungan Ansar pada hari Asyura’ dan bersabda: “Sesiapa yang telah makan pada hari ini, jangan lagi makan sehingga habis siang hari ini. Sesiapa yang berpuasa, teruskan berpuasa.” Ar-Rabi’ r.a. berkata: “Kami berpuasa pada hari itu dan menyuruh anak-anak kami berpuasa. Kami mereka untuk mereka permainan. Apabila ada yang menangis meminta makanan, kami akan lekakan dia dengan permainan itu sehingga berbuka.”

Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tobroni: “Tidak ada hari yang afdhal berpuasa melebihi hari-hari di bulan Ramadhan dan hari Asyura’.”


Kemusnahan Firaun

Firaun musnah pada hari itu. Dia adalah insan yang diabadikan kisahnya di dalam banyak ayat di dalam al-Quran dan dijanjikan oleh Allah akan diselamatkan jasadnya. Allah berfirman:

“Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): “Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)”. (Allah berfirman): “Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telah pun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?” Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terselamat dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar) dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!” (Yunus: 90-92)


Firaun adalah gelaran kepada raja Mesir. Semua Firaun mengaku diri mereka tuhan. Tetapi Ramses II tidak begitu. Dia mendakwa dirinya ‘akulah tuhanmu yang paling agung’ (An-Naziaat: 24). Dia juga berkata kepada kaumnya ‘Wahai kaumku! bukankah kerajaan negeri Mesir ini, aku yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? tidakkah kamu melihatnya?’ (Az-Zuhruf: 51).

Ketika Bani Israel buntu, tidak jumpa cara untuk keluar dari penindasan Firaun, Allah menyelesaikan kebuntuan itu dengan cara yang cukup menakjubkan. Firaun memelihara orang yang akan mengalahkannya  ( Musa a.s ) di dalam istananya sendiri. Ketika diburu dan terperangkap di pantai Laut Merah, sekali lagi Allah menyelesaikan kebuntuan itu dengan membelah Laut Merah. Selain dari itu banyak lagi kisah-kisah menarik berkenaan pertembungan Nabi Musa a.s. dan Firaun. Ini semua adalah kisah-kisah yang sepatutnya kita kenang kembali di hari 10 Muharram.

“Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu. Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:” Susukanlah dia; Dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul kami. Setelah itu dia dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; Sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah.” (Al-Qosos: 5-8).

wallau'alam....

semoga cebisan kisah ini dapat memberi manfaat buat kita semua, bi iznillah.. 
 

2010-12-12

Motivasi Hari Ini

Salam ukhwah untuk semua pengunjung blog ini...

Bagaimana keadaan anda hari ini?
letih@mengantuk @ tidak bersemangat@merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan@rasa kesejukkan dan terasa hendak tidur  dalam selimut tebal itu aje(khusus untuk pelajar di perlembahan nil ini maklumlah dah masuk kemuncak musim sejuk ,kepada yang terasa jangan marah yer....)@malas@semua perasaan yang saya sebutkan ini ada pada diri anda?

Jika semua perasaan ini ada pada diri anda,nampaknya anda dalam bahaya,doktor pakar sakit jiwa pun tidak boleh mengubati anda,melainkan diri anda sendiri..he3x
Di sini kami krew blog kala islam mengambang menyediakan beberapa link vedio motivasi khas untuk pengunjung laman blog ini,sebagai suntikan semangat dan sekaligus memulihkan semangat anda  pada hari ini untuk mendepani cabaran yang semakin sukar dan semakin memeningkan kepala anda untuk hari yang mendatang...

p/s: enjoy watching....=)

2010-12-11


sekilas ku renung wajahnya
terbit benih-benih kasih
mengerakkan setiap urat nadi ku
menghayun langkah gerak
pena yg mencatat


assalamualaikum warahmatullah...berjumpa kita di tahun yg baru ye, baru-baru ni, tidak lama rasanya kita menyambut awal muharam, satu permulaan baru bagi ummah islamiyyah yang berukhuwah atas dasar tauhid yang satu , insyaallah...

kalau dulu semasa di alam persekolahan..mesti tidak mesti...mesti ada perarakan dengan lagu :

awal muharam detik permulaan
permulaan tahun ISLAM hijrah
perpindahan nabi dan ummah ISLAM
dari Kota Makka ke Kota Madina

kalau dulu di laung-laungkan lagu ini meniti di bibir setiap yang meningati, namun semakin kami merangkak, berjalan menempuh era perilmuan, semakin kami memahami intipati hijrah itu, bukan sekadar pada zahirnya sahaja iaitu perpindahan, malah di era teknologi ini lebih tertumpu pada era permuliharaan dan pemeliharaan warisan-warisan sunnah nabi, perintah dan larangan Allah secara khususnya dan pendidikan generasi akan datang sebagai pewaris agama yang mulia ini.

saya menggantung kalam saya dengan hadith yang diriwayatkan oleh Amirul Mu;minin, Umar Al-Khattab : " sesungguhnya setiap amalan itu berteraskan kepada niatnya, dan setiap perkara itu berdasarkan apa yang diniatkan, maka barang siapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka dia telah berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, dan barang siapa yang berhijrah kerana dunia dan sisinya atau perempuan yang ingin dinikahinya, maka ditelah berhijrah untuk apa yang diniatkan ".

mengambil kesempatan di ruangan ini, insyaallah, ahli usrah kami yang telah berjaya menamatkan percutian dengan melepaskan kerinduan yang tidak dapat lagi dibendung kepada ahli keluarga dengan jayanya akan kembali mengaktifkan ruangan ini dengan ilmu2 yang bermanfaat.

sekian kalam tamhid dari saya yang byk kekurangan ilmu, sekadar menjadi pendengar setia, di Al-Azhar ini akan membantu serba sedikit~as@d



2010-05-17

DOAKAN KAMI SEMUA.... -muhd hafiz -



SALAM...

Sudah lama rasanya ahli usrah kami tidak meng"UPDATE" blog ini kerana sibuk dengan kuliah,kelas tutorial,study group dan sewaktu dengannya sebagai persediaan dan bekalan untuk di bawa ke dalam medan PEPERIKSAAN yang bakal ahli usrah kami  dan semua pelajar-pelajar UNIVERSITI AL-AZHAR di perlembahan nil ini dan tidak lupa juga kepada pelajar perubatan  yg menuntut di unversiti yang sama atau selain dari itu samaada CAIRO UNIV @ AIN SHAMS UNIV(* minta maaf kepada pelajar medik kerana terlupa atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan) akan tempuhi pada penghujung bulan MEI ini(*untuk pelajar pengajian islam dn untuk pelajar medik peperiksaan mereka sudah berlangsung sejak bln APRIL -kalau tidak silap saya,kalau silap asif jiddan)  dan akan berakhir pada bulan JULAI secara keseluruhannya dan dalam tempoh minggu IMTIHAN (perkataan dalam bahasa arab yang bermaksud peperiksaan) ahli-ahli usrah kami tidak dapat mengeluarkan entri yang baru untuk tatapan pengunjung2 yang setia dengan blog kami ini  yang selama ini memberikan galakan dan komen yang membina  dan untuk itu ahli-ahli usrah kami memohon ribuan kemaafan dan kami akan menyambung semula operasi kami seperti biasa selepas  tamat tempoh peperiksaan dan diharapkan semua pengunjung2 blog ini agar bersabar menunggu entri yang terbaru dari kami  ....

Sempena mingggu imtihan ini saya dan ahli-ahli usrah  memohon maaf jika entry kami tidak dapat memuaskan hati pengunjung2 blog ini dan doakanlah saya dan ahli2 usrah khususnya dan pelajar-pelajar MALAYSIA di  perlembahan nil(* termasuk pelajar pengajian islam & pelajar medik) ini amnya agar mendapat kejayaan yang cemerlang sebagai semangat dalam menegakkan agama ALLAH di muka bumi ini...amin....

WASSALAM...


2010-03-31

April Fool bukan budaya Islam!!


Setiap kali menjelang tanggal 1 April, biasanya banyak diantara kita akan begitu sibuk dan terbawa2 dengan budaya Barat serta bersiap2 untuk merayakannya dengan membuat rancangan besar untuk MENIPU orang lain,sahabat atau saudara terdekat. Budaya tersebut seperti menjadi satu adat seolah-olah pada tanggal 1 April tersebut, kita boleh berbuat DOSA!.


Kepala kita penuh dengan rancangan dan mencari mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu sedang bekerja atau sedang makan pun kita akan mencari cara dan membuat rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting kita ingin puas melihat muka mangsa-mangsa gurauan April Fool ini merah padam kerana dipermain-mainkan.
 
Wahai umat Islam, berhati hatilah terhadap budaya ini..... hindari diri kita dari berbuat zalim lebih2 lagi April fool ini bukanlah budaya Islam. Tetapi tahukah anda berapa banyak diantara kita yang tidak mengetahui kenyataan pahit sejarah yang menimpa umat Islam di Sepanyol di sebalik perayaan April fool ini??


Tragedi Pembunuhan Umat Islam Sepanyol


Allah s.w.t berfirman yang bermaksud " Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yg benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tdk lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.[Al-Baqarah:120]

Sebagaimana firman Allah s.w.t tersebut, sampai bila2 pun tidak akan pernah hilang keinginan mereka iaitu musuh-musuh Islam untuk selalu menghancurkan Islam dan memadamkan cahaya Allah s.w.t .Berbagai cara akan mereka lakukan, termasuklah sejarah pembunuhan muslimin Sepanyol.

Suatu ketika dahulu...

2010-03-28

Diantara Sejarah & Semasa : Cucu-cicit Ka’ab ibnu Asyraf dan Isu Hijab -Tolib

فاقصص القصص لعلهم يتفكرون                              
                                           [Al-A’raf: 176]
Setiap sejarah itu pasti akan berulang kembali dengan sendirinya dalam keadaan yang menakjubkan.Oleh sebab itulah pengkaji2 sejarah akan membaca sejarah itu dengan begitu teliti untuk dikaitkan dengan apa yang sedang berlaku dari beberapa perkara dan ini bukanlah suatu kerja yang mudah. Jadi, pekerjaan ahli sejarah ini tidak ubah seperti ahli nujum suatu ketika dahulu yang menilik masa hadapan dengan ilmunya untuk negaranya.Sesiapa yang menguasai ilmu sejarah maka dia mengusai politik dunia.
Kita sebagai umat islam wajiblah bagi kita untuk mengetahui sejarah agamanya.Pada hakikatnya,faedah kita mempelajari ilmu sejarah adalah supaya kita mampu membaca realiti untuk membina masa hadapan.Dari situ kita dapat mengetahui keinginan musuh,tahu kenapa naik dan turunnya kekuatan mereka pada setiap zaman,tahu sejarah kemenangan mereka dan berbagai lagi.
Untuk ruangan kali ini,saya ingin membawa satu sejarah ketika zaman nabi dulu yang ada kaitannya dengan isu semasa sekarang.Seperti mana tajuk diatas iaitu kaitan antara cerita ka’ab ibnu al-asyraf dengan isu pengharaman hijab...

2010-03-27

Ulasan PACE: Netanyahu mengumumkan lebih banyak penempatan Yahudi akan dibina di Baitul Maqdis timur. - Maulana

Assalamualaikum,

Pertemuan empat mata di antara Presiden Barrack Obama dan Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu masih meninggalkan pelbagai persoalan. Namun yang pasti Netanyahu telah membuat pengumuman yang mungkin memperdalam ‘perselisihan’ di antara Amerika dan Israel, negara yang sering dipertahankan dan dilindungi oleh kuasa besar itu.

Pengumuman yang dibuat oleh Netanyahu adalah menyangkut tentang dasar Tel Aviv dalam projek pembinaan penempatan Yahudi di negara Palestin yang terjajah iaitu di Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur. Dalam suasana tegang berikutan keganasan polis Israel di persekitaran Masjid al-Aqsa dan pembinaan semula kuil Hurva yang telah roboh berhampiran Masjid al-Aqsa, pengumuman Netanyahu meruncingkan lagi keadaan. Tanpa menghiraukan pandangan masyarakat antarabangsa bahkan mengenepikan ‘nasihat’ Amerika Syarikt, Netanyahu mengumumkan akan terus menambah penempatan Yahudi di Baitul maqdis timur. Tindakan ini dilihat sengaja untuk menggagalkan proses rundingan damai dengan pihak berkuasa Palestin yang seringkali gagal akibat dari kedegilan Tel Aviv untuk meneruskan pembangunan penempatan Yahudi di negara Palestin yang terjajah.

Tokoh Islam:Siapakah Imam Sya'rani?- aminurrasyid


Pada abad ke-10 Hijrah atau abad ke-16 Masihi, khazanah ilmu tasawuf mengalami kemerosotan.Banyak penganut tasawuf yang menyeleweng, dan amalan tasawuf pada waktu itu sering bertentangan dengan syariat Islam. Di tengah-tengah kondisi itu, pada tahun 898 H/1493 M lahirlah seorang manusia genius bernama Abdul Wahhab Asy-Sya'rani. la dilahirkan pada masa keruntuhan kekuasaan Mamluk dan pendudukan Mesir atas bangsa Turki.

Asy-Sya'rani dikenal sebagai ulama yang arif dalam pengetahuan Islami. la menulis lebih dari 60 buah buku, kebanyakan bercorak tasawuf. Di antara karyanya yang paling menarik adalah yang berupa biografi,al-Lathaiful Minan.

Dari buku itu kita dapat membaca perjalanan hidup seorang sufi yang penuh keteladanan. Dan yang patut kita ketahui dalam awal kehidupannya adalah, ia hafal Al-Quran pada usia lapan tahun. Karamahnya sudah terlihat sejak kanak-kanak. Ketika itu, sangat menakjubkan, ia diselamatkan dari tenggelam di Sungai Nil oleh seekor buaya, yang disangkanya batu.
______________________________________________________
Syaikhul Islam Zakaria Al-Anshari
(w. 916 H/1511 M) memberi izin kepadanya untuk mengajarkan fiqh.

Sejak kecil ia sudah bergaul dengan para 'arifin. Semua gurunya mengajarkan syariat dan tasawuf, dan meninggal dalam keadaan redha terhadap dirinya.la dikenal sebagai ulama yang tidak fanatik buta dalam menganut kepercayaan tertentu. Akhlaqnya mulia. Baik sebagai sufi, dan orang shalih, ia menolak memakan sesuatu yang telah disedekahkannya. Asy-Sya'rani sangat berlapang dada dalam segala urusannya dengan sesama muslim, bahkan dengan musuh yang paling membencinya sekalipun.la tidak pernah berlama-lama dalam mengunjungi sahabat.

Sepanjang hidupnya, ia terpelihara dari keinginan meminta-minta. Bahkan ia belum pernah mengungkapkan godaan-godaan batin yang telah membuatnya menderita kepada seorang manusia pun, sehingga kerap keluar asap dari mulut, telinga, dan hidungnya. Asap yang keluar itu...

Fiqh:Apakah hukum pejam mata ketika solat?? - muhd hafiz

Ramai diantara kita yang mungkin tertanya-tanya apakah hukum memejamkan mata ketika solat? HARUS ker? MAKRUH ker?dan berbagai-bagai lagi persoalan yang timbul dalam benak pemikiran kita,jadi disini saya ada mempamerkan sedikit gambaran yang boleh merungkai segala persoalan dan sekaligus menjadi jawapan kepada masalah diatas...

Hukumnya juga terdapat perbezaan ijtihad para ulama, setengahnya mengharuskan dan mengatakannya ia lebih memungkinkan hadirnya khusyu', manakala Imam Ahmad mengatakannya makruh. Beberapa ulama Syafie juga mengatakannya makruh kerana ia menyerupai Yahudi, Bagaimanapun hadith yang dijadikan dalil makruh pejam mata ketika solat adalah dho'if menurut Imam al-Bayhaqi. [1] Imam At-Tohawi al-Hanafi juga menyatakannya sebagai makruh. Demikian juga ditegaskan oleh Imam Al-Kasani al-Hanafi (Al-Majmu' , An-Nawawi, 3/260 ; Bada'i As-Sonai, 1/216)

Selain itu, amalan memejam mata semasa solat juga dilihat sebagai bercanggah dengan beberapa dalil hadith Nabi seperti :-

عن أبي هريرة قال أمر رسول الله بقتل الأسودين في الصلاة الحية والعقرب

Ertinya : "Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW mengarahkannya agar membunuh dua binatang hitam walaupun semasa solat, iaitu ular dan kala jengking" ( Riwayat AT-Tirmidzi , 2/234 ; Al-Hakim , 1/386 dan Ibn Hibban 6/115 ; Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi ; Al-Tirmidzi : Hasan Sohih )

Hadith ini memberi indikasi kepada kita bahawa...

Kisah Para Auliya': Wali Allah Dituduh Mencuri - raja mahadi

Untaian Kisah Para Wali Allah..

Bercakap mengenai kisah para wali, pemikiran kita akan tertarik kepada perkara-perkara ajaib yg diluar jangkaan akal manusia yg mana kadang-kadang menjadi tanda tanya yang sukar untuk mendapatkan jawapan yg logik dan tepat..diantara kisah yg ingin saya kongsikan adalah satu cerita yg diberitakan oleh salah seorang wali Allah Zin-Nun Al Misri rahimahullah..

Zin-Nun Al-Misri memulakan ceritanya dengan berkata : saya bercadang untuk pergi ke seberang laut untuk mencari sesuatu barang yg saya perlukannya dari sana. Saya pun menempah suatu tempat disebuah kapal, ketika mana berangkat, saya melihat ramai sekali penumpang diatas kapal tersebut, sehingga kapal itu penuh sesak..lalu saya terus mengamati wajah-wajah penumpang itu,saya terlihat diantaranya ada seorang pemuda yg sangat kacak rupanya.Wajahnya sinar bercahaya dan dia duduk ditempatnya dalam keadaan tenang sahaja, manakala penumpang-penumpang lain terus mundar-mandir diatas kapal...

Pada mulanya kapal itu belayar dengan tenang sekali..kerana barangkali lautnya tenang tidak bergelombang,dan angin pun tidak bertiup kencang dan kalau ada pun hanya ombak ombak kecil yg biasa dihadapi.dalam keadaan yg begitu tenang diatas kapal..tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu pemberitahuan umum yg mengatakan bahawa nakhoda kapal itu telah kehilangan suatu barang yg sangat berharga.dan diminta kepada semua penumpang kapal duduk ditempat masing-masing,kerana satu penggeledahan kan dilakukan tidak lama lagi untuk mencari barang yg hilang itu.

Kini semua penumpang kapal kecoh berbicara antara satu sama lain mengenai barang yang hilang itu. Masing-masing cuba mengeluarkan...

Did You Know??

" The universe has been Expanding for 13.7 billion years "




" Sentiasa tidak cukup ilmu, adalah rasa orang berilmu..."