2010-05-17

DOAKAN KAMI SEMUA.... -muhd hafiz -



SALAM...

Sudah lama rasanya ahli usrah kami tidak meng"UPDATE" blog ini kerana sibuk dengan kuliah,kelas tutorial,study group dan sewaktu dengannya sebagai persediaan dan bekalan untuk di bawa ke dalam medan PEPERIKSAAN yang bakal ahli usrah kami  dan semua pelajar-pelajar UNIVERSITI AL-AZHAR di perlembahan nil ini dan tidak lupa juga kepada pelajar perubatan  yg menuntut di unversiti yang sama atau selain dari itu samaada CAIRO UNIV @ AIN SHAMS UNIV(* minta maaf kepada pelajar medik kerana terlupa atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan) akan tempuhi pada penghujung bulan MEI ini(*untuk pelajar pengajian islam dn untuk pelajar medik peperiksaan mereka sudah berlangsung sejak bln APRIL -kalau tidak silap saya,kalau silap asif jiddan)  dan akan berakhir pada bulan JULAI secara keseluruhannya dan dalam tempoh minggu IMTIHAN (perkataan dalam bahasa arab yang bermaksud peperiksaan) ahli-ahli usrah kami tidak dapat mengeluarkan entri yang baru untuk tatapan pengunjung2 yang setia dengan blog kami ini  yang selama ini memberikan galakan dan komen yang membina  dan untuk itu ahli-ahli usrah kami memohon ribuan kemaafan dan kami akan menyambung semula operasi kami seperti biasa selepas  tamat tempoh peperiksaan dan diharapkan semua pengunjung2 blog ini agar bersabar menunggu entri yang terbaru dari kami  ....

Sempena mingggu imtihan ini saya dan ahli-ahli usrah  memohon maaf jika entry kami tidak dapat memuaskan hati pengunjung2 blog ini dan doakanlah saya dan ahli2 usrah khususnya dan pelajar-pelajar MALAYSIA di  perlembahan nil(* termasuk pelajar pengajian islam & pelajar medik) ini amnya agar mendapat kejayaan yang cemerlang sebagai semangat dalam menegakkan agama ALLAH di muka bumi ini...amin....

WASSALAM...


Did You Know??

" The universe has been Expanding for 13.7 billion years "




" Sentiasa tidak cukup ilmu, adalah rasa orang berilmu..."